Pages

Thursday 10 April 2014

Musim bunga di Melaka

Assalamualaikum

Sejak 3,4 hari lepas selalu je nampak orang ambik gambar musim bunga kat facebook kan. Kitorang ni pon nak sebuk-sebuk gak bergambar ala-ala berada di Korea gituwww..Korea la sangat..hakhak









Gambar yang kitorang ambik ni kat Durian Tunggal..alahh kat tepi-tepi jalan tu je. Nak bergambar dengan bunga punya pasal kena lah tebalkan muka bergambar tepi jalan..hehe



Monday 17 March 2014

Hepi besday to me!

Assalamualaikum

Hepi Besday to Me!!
hari ni genaplah umur sa 25 tahun
uishhhh 25 tahun dahhh..cam tak percaya je cepat betol masa berlalu

tahun ni special dapat sambut besday sama-sama dengan encik didi..nasib la besday kitorang ni dekat-dekat beza pon seminggu je..thank you sebab sudi datang sini..lap u lah



emm lapar pulak tengok mee kari ni..masa kitorang pergi ni secret recipe ade buat promotion. setiap set harga RM17 je.

muke tengah lapar ni


dapat jugak pakai jam couple ni..tantekkk wane pink 0_0

dua budak ni jadi kanak-kanak riang excited dapat naik kapal..hehe



tq my love for always being by my side
for always being nice to me
for making me laugh & never giving up on me
thank you..
and again thank you soooooo muchhh!












Tuesday 11 March 2014

Omey 5 buLan

Assalamualikum

Cepatnye masa berlalu..malam ni nak share gambar terbaru Omey lah..sekarang Omey dah 5 bulan..dah makin besar budak bulus ni..gerammmm banget!!

mata saya macam panda (0_o)

ni pulak aksi omey masa tido..suke sangat tido wat gaye kuak lentang cam ni

beberapa hari lepas jugak sa ada share gambar omey dekat owner dia dulu..so dia pulak share la gambar adik beradik omey ni..masing-masing dah makin besar

\
yang ni jantan nama dia Jakpo..warna hitam kat hidung ni ikut mak dia

yang ni pulak betina namanya Ellie


semua adik beradik Omey sihat dan gemuk-gemuk..comel lah!

hehe..tomeiii



Sunday 26 January 2014

vaksin kucing

Assalamualaikum

Hari jumaat lepas turn Omey untuk cucuk vaksin yang ke dua.. untuk yang first time hari tu sa hantarkan Omey ke kedai kucing depan mydin mall Melaka ni..tapi agak tak berpuas hati lah sebab tak leh jumpa sendiri dengan doktor haiwan tu..kali ni sa decide nak hantar kat klinik veterinar sendiri la senang sikit boleh tengok dan tanya pendapat dengan doktor tu sendiri kan..so sa pilih klinik veterinar Zafyrra di Batu Berendam.. doktor pon ok baik..harga untuk cucuk vaksin ni RM30..rasanya sama la dengan klinik veterinar kerajaan kot..tapi kali ni cucuk sekali deworm dan ubat..




omey masa nak kena cucuk...aloloooo cian omey muke dia cam ketakutan je..tapi omey tetap comellll!!!




okeh next appointment 24/2 pulak..last cucuk vaksin untuk omey tahun ni

jadual pemberian vaksin :
pertama = ketika anak kucing berusia 6 minggu
kedua = ketika usia 9 minggu
ketiga = ketika usia  12 minggu

vaksin ulangan :
setiap tahun

aish dah macam hantar cucuk anak ke klinik pulak..takpe lah praktis sebelum ada anak sendiri..hihihi

Monday 20 January 2014

ikan siakap tiga rasa dan sayur bayam merah

Assalamualaikum


Weekend baru-baru ni kawan sa dari Kuantan nak singgah ke rumah so sebab nak sambut kedatangan dia tu sa ingat nak masak-masak la sikit sempena menyambut tetamu jauh datang kan..so pagi tu ajak la kawan sa temankan pergi la ke pasar borong di batu berendam..ni la first time sa ke pasar borong di Melaka harga dia ok sangat-sangat..ikan dan sayur-sayuran murah gila-gila..so lepas pusing-pusing beli la ikan siakap 2 ekor sekilo RM12,sotong sekilo RM10 dan bayam seikat RM1..


ni la dia suasana di pasar borong tu

ok dah balik start la tung tang tung tang kat dapur tu
dan hasilnya......


tadaaaaaaaaaa!!!!!

 ikan siakap tiga rasa

sayur bayam merah

dan-dan je lepas siap masak kawan sa pon sampai di Melaka
elok sangat la masing-masing perut tengah lapar..

ok kalau nak resipi ni boleh la search kat page My Resipi ni (cari resipi di sini) ^_^

ok jemput makan semua!!