Pages

Wednesday 4 December 2013

Kenduri Kawen n Omey

Assalamualaikum

Hujung minggu lepas aku ke Teluk Intan, Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan ex-housemate time study master ni..Azie & Mon..aku gerak ke sana dari Melaka hari ahad dengan tiga orang lagi kawan aku. first time kitorang ke Perak masa tu n biasa la dah sebut first time ni memang ada jugak la tersesat kan..aku bajet dari shah alam ke teluk intan tu makan masa dalam 2 jam je tapi kitorang ambik masa 4jam..huhu..agak memenatkan la bila cari jalan tak jumpa n perut lapar sangat-sangat. yang aku tau rumah Azie ni kat area-area sawah padi tapi tak sangka la pulak jalan masuk ke rumah dia tu banyak betol lorong-lorong kecik n tak de sign board untuk lorong-lorong tu..tapi sesat-sesat pon agak seronok jugak la sebenarnya..hehehe.kitorang ni dah kira tetamu terakhir sebab majlis pon habes pukol 4 tapi alhamdulillah kitorang smpai sebelom tu n selamat sampai ke destinasi.


ok!! Jom tengok gambar kahwin diorang





pergi ambik berkat ni..kot-kot lepas ni turn aku la pulak kan..hihihi

dah alang-alang sampai ke teluk intan ni tak sah la kalau tak ke menara pisa ni kan..eh eh..menara condong..



hari ahad tu pulak aku ke puchong sebab nak ambik budak comel ni!!!!
comel kan dia..ok sebab dia comel aku bagi la name omey macam kucing aku yang lepas tu..OMEY comelll!!





ololo....manja cangat budak ni...



ok..next entry nak cerita pasal family si Omey ni pulak (^_^)

Monday 18 November 2013

boyfriend baru rara..dody!!

Assalamualaikum

Sekarang rara sudah ada pengganti didi..nama dia DODY
agak pemalu sikit lah si dody ni manja pon tak sangat
memang jauh betol la beza antara arwah didi dulu ngan si dody ni..gosok-gosok pon dia tak suka sangat..
tapi mula-mula aku ambil dengan tuan baru tempoh hari laju je dody pergi kat rara..
dengan tak malunya dody masuk sendiri dalam pouch yang aku letakkan rara n tidur kat situ..hehe
kitorang tengok gelagat si dody ni gelakkan jela
masa aku beli ni dody dah 7 bulan pon n tuan dia sendiri pon mengaku jarang bawak dody jalan-jalan..sebab tula dia takot-takot sikit
tapi disebabkan tuan dia tu baik n bagi harga murah so aku beli la jugak
walaupon pada asalnya nak cari yang muka sebijik cam didi..bulat n warnanya brown

si rara tengah nyenyak tido..si dody pulak yang mata tengah terbuka..takot letew mummy wat pape kat dia..hehe

mungkin jugak sebab dody tak biasa dengan aku n suasana baru lagi dekat cage tu..sehari dua bela dia ni makan pon kena bersuap je..kalau tak punya la takot nak keluar cage tu..

suka la tu rara dah ade teman baru (^_^)

p/s: lepas ni tak tau la nak kena tukar nama blog ke dody rara pulak la kot :(





Wednesday 13 November 2013

selamat tinggal didi ;(

Assalamualaikum

berita yang menyedihkan..didi dah mati isnin malam lepas..tak sangka hidup dia berakhir macam tu..sekejap sangat dia sakit sampai aku pon tak sempat nak rawat dia..

sabtu malam
aku mula perasan didi termenung je depan tent mengadap pintu cage..masa tu rara tido jer..lepas rara bangun aku lepaskan didi n rara bermain-main dalam bilik..rara macam biasa aktif tapi didi kuat termenung lagi..kadang-kadang badan dia ketar-ketar tapi dia still nak main panjat-panjat kat langsir..

didi termenung je depan tent ni..cyg tgk mummy buat ape ea ;(


ahad pagi
aku ke klinik maju di batu berendam tapi tutup. lepas tu aku singgah ke kedai pet dan beli baja haiwan untuk didi n rara

depan klinik..tapi tutup plak.. :(


ahad malam
didi tergantung je dalam cage sambil termenung..aku ambik sambil usap-usap kepala dia.masa ni didi baik sangat-sangat baring terlentang elok je atas tapak tangan aku. mummy nanges je bila tengok didi baik-baik macam ni..mummy tau didi tengah menahan kesakitan :'(

lepas didi takde aku pon xsanggup nak mainkan video ni..sedih tengok didi tengah sakit..syg mummy...rindunya kat didi...

isnin pagi
bangun tido tengok didi tergantung je dalam cage kat tempat sama dia duduk malam tadi..aku syak dia tak tido pon. rasa risau sangat-sangat aku bawak lah ke klinik yang sama n doktor cakap dah takde harapan n kalau hidup lagi pon dua hari bawak balik ke klinik tu. time ni aku dah sebak tapi tahan je..doktor suspect yang didi terjatuh dari tempat tinggi sebab ade bengkak kat dalam otak dia..lepas tu balik ke lab n masa ni langsung aku tak buat keje duk main-main je ngan didi. balik lab aku ke farmasi cari susu ensure..cilla cakap sugar glider dia sakit pon bagi susu ni n terus sihat..aku pon lega sangat-sangat sebab ada harapan lagi didi nak sembuh. balik tu aku terus ke farmasi cari susu tu tapi didi still tak nak makan n minum..so terpaksa la guna syringe..alhamdulillah didi minum jugak..lepas solat magrib aku tengok didi keluar sendiri dari bag dia sebab bag tu aku tak zip pon.ingatkan sakit-sakit dia nak berehat n baring kat dalam tu je..tapi dia keluar dan terbaring mengiring atas baju aku sambil mata dia terbuka n menggigil..so aku ambil la n letak atas tapak tangan sambil gosok-gosok dia..baiknya sayang mummy ni duk diam-diam je..tengah-tengah pandang muka didi tiba je mummy tengok nafas didi behenti....hanya Allah je yang tau perasaan mummy mase ni didi...macam tak percaya n mummy rasa macam mummy tengah bermimpi je didi dah takde....

lepas dah tanam didi satu malam aku menangis je terbayang-bayang muka didi masa tengah sakit n nazak tadi..tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab dia mati tak keseorangan n aku ada disamping dia sepanjang masa. malam tu macam-macam aku fikirkan..macam mana la keadaan rara lepas ni tanpa teman sepermainan. boleh ke dia survive sorang-sorang macam tu..walau aku ada pon mungkin tak sama dengan sejenis dengan dia..ya Allah aku tak suka sangat-sangat perasaan macam ni..berpisah dengan orang/haiwan yag sangat-sangat bermakna dalam hidup kita..sama perasaan masa arwah ayah aku meninggal dulu..tapi takpela aku terima lumrah kehidupan yang hidup pasti akan mati..sebab taknak bagi rara keseorangan aku temankan dia sampai pukol 3 lebih. sambil temankan dia aku menangis tak sudah-sudah..sedar-sedar bangun tido mate dah bengkak n kepala sakit..bangun-bangun je tido terus terfikir samaada betul ke tak didi dah takde atau aku bermimpi je..tapi..........


didi budak comel, manja, nakal, dan aktif dah tinggalkan mummy :'(

doktor yang rawat didi..didi baring je mengiring..baiknya didi jumpa doktor ye

diam je didi atas penimbang ni..dia terbaring tapi mate terbukak..

didiiiiiiiiiiiiiiiii ..mummy syg didi :'(

anak mummy pergi tinggalkan mummy ek :(

selamat tinggal syg..moge didi tenang disana..mummy dapat jage didi 11 bulan je..masa ni didi dah cukup-cukup satu tahun..sekejap je masa berlalu..masih ingat lagi masa mummy mula-mula pegang didi..masa tu didi kecil sangat-sangat lagi..asyik nak menyorok je dari mummy kan..tapi lepas seminggu je didi dah rapat..dah pandai main lompat-lompat atas bahu n kepala mummy..hmmm..didiiiii.....mummy sayangggggg didi!!rest in peace my little cutie baby..










Wednesday 6 November 2013

ikan patin masak tempoyak

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni suka sangat la makan ikan patin..sebabnya isi ikan dia tu lembut..kalau ke kedai makan je mesti yang ni je aku cari..tapi biasanya kalau kat area melaka ni kat ikan bakar malim la..tapi agak mahal jugak biasanya seketul tu 5-7 henggittt..kebetulan aku ke rumah kakak weekend baru-baru ni so dapatla bekal tempoyak..hehehe emmm dalam kepala duk terfikir ikan patin masak tempoyak je..ape lagi google-google la bahan-bahannya then petang tu singgah ke mydin dan harga dia sekor pon RM3.50 je..berbaloi-baloi..

dan inilah hasilnya......

nyummmmm nyummmmm


ni bahan-bahannya...simple jeeee

5 cili padi
1 inci kunyit hidup
3sudu/4 sudu tempoyak
1 bunga kantan
1 asam keping
garam

resipi ni aku terjumpa dekat blog ni ikan patin masak tempoyak dan kat sini ada bagitau cara-cara memasaknya =)


pueh hati den dapat makan sekor ikan ni sorang-sorang..heeee



Tuesday 5 November 2013

Cuti-cuti di Cameron highlands

Assalamualaikum

Weekend baru-baru ni aku dan family bercuti ke cameron highland! sebenarnya ni first time aku ke sane..plan dengan family dah bertahun-tahun tapi tak jadi. Alhamdulillah kali ni berkesempatan jugak berkunjung ke sana. Family trip ni selama 3 hari n kitorang stay kat homestay di Tanah Rata. Homestay pon ok ada 3 bilik so sesuai sangat la sebab kitorang ada 3 family. first day sampai kitorang ke ladang teh dan pasar malam di Brincang. Yang best dapat makan sayur dan buah segar-segar n malam tu buat sup sayur pon rasa la kemanisan sayur dia..jagung pon best manis sangat-sangat. 

ladang teh yang cantik amat
punya la suka sangat ke ladang teh ni sampai tiga hari berturut-turut ke sini. hari kedua pulak ke Agro Technology Park Mardi kat Tanah rata. Cantik sangat tengok bunga-bunga kat sini kalau dah boleh petik nak je wat balik rumah kan..hehe

budak tecik ni nak kutip daun teh jugakkk




ntah apa la nama pokok terjuntai ni..dah macam plastik aku tengok

sesi perbincangan untuk ke tempat seterusnya


ni time jalan-jalan ke strawberry park..

pasar malam di Brincang ni ada disetiap hari jumaat dan sabtu..time ni aku beli pokok kaktus 7 sepuloh henggit..murah-murah~


Last bergambar sebelom balik!

Masa nak pergi ke cameron dari kl kitorang lalu kat Tapah. so agak menakutkan jugak la jalan time nak naik bukit tu dengan selekoh-selekoh tajam lagi-lagi banyak lori n bas lalu kat jalan tu. tapi disebabkan siang dan jalan tu lagi dekat so kitorang lalu jugak la. time nak balik kitorang lalu kat highway melalui Raub n terus masuk ke Karak. Walaupon jauh tapi rasanya jalan ni lagi selamat kalau nak di bandingkan dengan jalan Tapah. 










Sunday 20 October 2013

Assalamualaikum

Cuti raya haji kali ini aku balik kampung dengan my purple viva!saja jela kereta baru try-try bawak jenjalan kat kampung pulak..niatnya nak bawak my mum jalan-jalan lah..disebabkan aku ni sorang je lagi anak pompuan yang tak kawen lagi so senang la mak aku nak ajak pergi mana-mana kan..nak-nak shopinggg..first time balik dari melaka ke terengganu jalan pon kitorang tak tau tapi dengan bantuan gps yang baru beli jadi takde la tersesat. routing perjalanan dia melaka-tangkak-segamat-muadzam shah-gambang-terengganu..balik ni pulak ada encik didi n kawan-kawan temankan jadi takde la risau. hikmahnya kali ni balik ngan encik didi kantoi la dengan my mum..n bila my mum tau je orang terengganu gak alhamdulillah macam dapat green light je..hihihi sukernye!



dalam kapal selam



semalam lepas hantar aku ke melaka tiket ke shah alam pulak dah habes..wah3 excited giler bukannye sedih pon..haha
sebabnya dapat habeskan masa lagi dengan encik didi..



cweetnye didi n rara tido..cam tau-tau je mummy in love with daddy kn!!



Wednesday 9 October 2013

sihat sudah!!

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya sembuh jugak telinga ni 100%..semalam last appointment kat hospital melaka..kali ni seyes tak sakit langsung..bunyi cengkerik yang duk bising kat dalam telinga ni pon dah hilang..yeayyy!
syukurla rasanya sebulan jugak aku alami masalah telinga tersumbat ni..
so trauma jumpa doktor ENT pon dah hilang..sekali lagi lepas setel semua-semua tu doktor pesan jangan suka sangat korek telinga pakai cotton buds. okeh baik doktor! takmo dah g spital sebab wax kat dalam telinga lagi!dah siap kuar bilik doktor pon tersengih-sengih je excited tak terkate..baru la aku hargai nikmatnye boleh mendengar..
tapi yang paling best lepas pergi jumpa doktor ni sebab boleh dapat surat mc..so boleh la g jalan-jalan!!hehehe
bagi memanjatkan kesyukuran ni so aku watla kenduri sikit...haha kenduri la sangat..aku belanja la insan-insan yang bertuah ni..belanja kawan kfc walopon sebenarnya aku pon memang tengah mengidam nak mkn ayam goreng..hihihi..then belanja la didi rara yogurt drop n beli makanan miong kat kampung tu..


~budak-budak koya..hihi.masing-masing dah excited lepas jumpa doktor~


~untuk anak-anak mummy yang comel-comel~


sijil cuti sakit??






Monday 7 October 2013

Gud bye encik kriss!

Assalamualaikum


Setelah lima tahun encik kriss ni berkhidmat ngan aku..akhirnya pagi tadi terpaksa la melepaskan dia kat tuan baru..tuan baru pon abang ipar aku jek..hehe.tapi jauh nun di utagha Perlis..yang pastinya akak aku la orang yang paling excited tunggu motor ni..katenye dah lama tak naik motor jalan-jalan..
tapi tadi teramat la sedih bila tinggalkan motor ni kat pejabat pos tadi..rasa macam dah kehilangan kawan baik pulak..yela kan kalau nak pergi mana-mana je encik kriss ni yang bawakkan..
hujan panas sekali kowttt..
tapi apekan daya..huuuuu
disebabkan ni bulan spuloh so pos motosikal ni tak dapat la student price..lagi 6 henggit nak 2 ratus..mahal gila pos laju ni..dah balut-balut ni kalau calar gak tak tau la kan..kalau tak sia-sia je encik fandi balutkan elok-elok tadi..hehe. nasib baik ada simpan plastik pembalut tilam hari tu so boleh la guna nak membalut si kriss ni kan..
takpe encik kriss nanti kite jumpa di perlis ye..i bawak u ronda-ronda sane pulak..jangan nanges-nanges!!

~walaupon dah ade viva kau tetap dalam ingatanku kriss..cewaahhhh~


Sunday 6 October 2013

oh my lappy!

Assalamualaikum


Siap pon repair motherboard my lappy!!
kejap je tuan kedai ni repair..dua hari n harga pulak lagi murah dari kedai-kedai lain..Rm210 je sebab ade promosi..tapi 2 ratus pon terbang jugak la dwet aku..
nama kedai ni utem we shop..kiosk dia terletak kat dalam utem
sebenarnye ni dah kali kedua laptop yang aku pakai rosak sebab motherboard..tapi laptop lain-lain la..
sebab musabab masalah ni berpunca dari anak-anak lah..hukhuk
didi wat pasal pergi kencing atas touchpad laptop mummy..waaaaaa
tapi seyes aku tak marah pon kat dia..kalau marah pon bukannya dia paham kan
siap boleh gosok-gosok lagi si budak ni..nakal teramat!!

"Mummy jangan la marah didi"

baik la budak kepala botak..anda dimaafkan..hihihi
tengok muke comel didi ni terus lembut hati mummy tauuuu







Wednesday 25 September 2013

sakit telinga

Assalamualaikum

Tiga minggu aku mengalami masalah pendengaran..telinga tersumbat..huhu
asalnya sebelah kiri je tapi beberapa hari lepas tu telinga kanan aku pulak buat hal. dah macam orang pekak pon ada jugak la tapi still boleh dengar. First aku ke klinik pelajar utem ni je..doktor yang check tu bagitau ada darah beku dalam telinga..OMG!! mula-mula dengar agak takot jugak..aku terfikir maybe lepas ni aku kena operate kot keluarkan darah beku ni..then aku pergi la check kat poliklinik ayer keroh..doktor amoi tu pon bagitau benda yang sama..so dapat la ubat titis telinga, panadol dan antibiotik..seyes aku tak suke makan ubat..apa lagi panadol tu langsung aku tak sentuh..kali ketiga aku ke klinik doktor tu suh aku pergi jumpa pakar je kat spital..dah tahap sampai kena jumpa pakar ni aku cerita la kat mak..lepas tu mula la mak risau suh baca doa ni la tu la, cari air kelapa la..hihi.cayang makkk!!
so kira 2 hari lepas aku ke hospital melaka..doktor tu check rupa-rupanya bukan la darah beku..punya la doktor tu membebel kat doktor-doktor yang check aku sebelom ni..ish3..wat suspen jela..lega pon ada jugak sebab tak la serius sangat kata doktor just kes biasa-biasa je..so doktor tu bawak la ke bilik 'operate telinge' tu untuk bersihkan wax dalam telinga ni..disebabkan dua-dua belah so agak tak tahan sakit jugak la..mula-mula masa dia sedut telinga kanan tu aku boleh tahan lagi..tapi lepas dia sedut n korek telinga kiri aku rasa sakit..sakitnya tak tau la nak kata sampai aku menangis kat situ..hahaha..wat malu je kat doktor n nurse dalam bilik tu..lantak la nak kata aku macam budak-budak pon..nasib baik doktor tu consider sikit dia cakap kalau sakit dia stop dulu..tapi lagi 2 minggu aku kena datang balik..emmm ni kena pikir 10x dulu la..sebenarnya aku takot tak tahan sakit dan malu sebab menangis kat situ..huhuhu
doktor tu nasihatkan la telinga kita ni tak payah korek sangat pakai cotton bud tu..tahi telinga ni bukan makin bersih pon tapi makin masuk kedalam n termampat kat dalam tu...OOooo baru la aku tau..
tapi lepas dah setel tu rasa bez sangat-sangat sebab telinga dah boleh dengar balik!!

ni la pintu masuk ke klinik pakar..sempat lagi sambil-sambil tunggu turn jalan-jalan dulu

tunggu ubat..lambatnya tunggu turn

time kasih ye miza temankan ^_^





Tuesday 17 September 2013

Assalamualaikum

Akhirnya impian nak pakai kereta sendiri tercapaiii!!
kereta ape?alah viva je pon..yang ni je aku mampu..hihi
ok la kan kecik seswai sangat untuk pompuan
asalnya dua minggu lepas aku ke showroom survey-survey dulu harga n gift yang dia bagi
kakak aku pulak suggestkan beli myvi se tapi bila dikira-kira bajet aku untuk sebulan fuhh..memang langsung tak boleh menyimpan
walaupon akak aku offer nak tolong bayarkan seratus tiap bulan tapi malu la jugak..dari mula-mula belajar sampai sekarang asyik pow dia je..hikhik
last-last keputusan nak beli viva jugak...
salesman tu pulak baik senang berurusan dengan dia
hari sign agreement dengan bank hari tu jugak boleh dapat kereta


 muke excited nak dapat kereta..sorry ye abg bank termasuk sekali~
kereta ni buat loan dengan rhb sebab interest dia paling rendah kalau nak dibandingkan dengan bank lain








tadaaaaaaaaaaa!!!!!!!


my purple viva!!
cantek tak..siap pasang spoiler lagi..ni special salesman tu masukkan dalam free gift
tengok tu nabil n mak saudara dia pon dah sama tinggi..terlebih makan calciyummm budak ni..heee

lepas ni takde lah main panas hujan panas hujan lagi
tapi takde la pulak kan alasan datang lab lambat sebab hujan..








Sunday 18 August 2013

open house


Open house!!
Weekend ni aku ke rumah akak
tolong-tolong sikit apa yang patut
tak ada la buat besar-besaran just ajak jiran-jiran yang terdekat dan saudara mara kat kl tu
menunye laksa terengganu, nasi impit, rendang


ni la menunye..semua akak aku yang masak..tugas aku senang je tukang rasa..hehe

  laksa terengganu..sedap2!

didi n rara jadi tarikan budak-budak ni..
aku sebagai mummy diorang kenala awasi anak-anak ni kalau-kalau hilang kn..sayang kowttt





Wednesday 7 August 2013

^_^

pagi semalam bangun tidur dapat kejutan pulak ada orang hantarkan bungkusan ni katanya hadiah besday yang lepas dia tak sempat bagi suker sangat-sangat..tapi rasa bersalah pulak nk ambik hadiah ni.. pape pon thanksss ye awakkk ^_^
cantik sangat-sangat!! miong pon cbuk je kan nak masuk jugak dalam gambar..

Tuesday 6 August 2013

puasa dan kuih raya

Assalamualaikum ape cite puasa ni..dah tinggal dua hari je lagi macam mana dengan persiapan?disebabkan aku balik awal ditambah dengan adik beradik yang xbalik lagi so aku isikan masa dengan buat kuih raye tapi setakat ni 3 je kuih raya yang aku baru buat biskut sarang semut,conflakes madu n popia nestum nak share sikit la gambar-gambar tu
amacam ok tak..yang popia nestum xpayah upload kot rupe dia tak la menarik sangat tapi yang penting senang dibuat dan rasanya pon sedap!! ni aku tengah praktis update blog pakai nfon je cepat gile bateri abes..ni gara-gara balik kampung dah malas nak bukak laptop^^

Tuesday 30 July 2013

puasa di melaka

Assalamualaikum

dah masuk 21 hari kita berpuasa kan..tahun ni pulak aku dah start balik berpuasa diperantauan..
tapi yang nak update hari ni sebab excited nak bagitau malam ni dah balik kampung..horeyy
hmm tapi tahun ni agak menyedihkan jugak sebab aku n akak yang kat kl je yang ade..yang lain pulak turn beraye kat kampung pasangan masing-masing..huk-huk xmeriah la tak ade anak buah yang nak wat bising kat rumah tu..
tahun ni pulak aku dah kena belajar berdikari..kalau dulu mak dan kakak-kakak je yang tolong carikan baju raya tapi tahun mak suh aku berdikari cari baju raye sendiri n pakai duit sendiri..waaaaaa
siap kena belikan kuih raya pulak tu..
dan yang hepinya berpuasa tahun ni sebab ada daddy didi n rara kat melaka ni..hihi
so ada la jugak peneman berbuka puasa..
 okeh nak start packing barang

baju raye!!nama butik ni sama dengan name aku^^

kuih raya..nampak sedap kan

yang paling penting tikettt!!


rindu lak nak bukak puase ngan orang tu kat cni^^


Monday 22 July 2013

rumah untuk didi & rara


Hasil terbaru
malam tadi tengah-tengah tak ade kerja aku terfikir la nak buat ape dengan lebihan kain yang dibeli tempoh hari
terjumpa pulak plastik keras bawah meja aku
so try la jahit-jahit sambil tengok cerite
tadaaaaa..........
.........
.........



jadi la rumah untuk diorang berteduh..hehe

suka sangat didi rara ni dapat rumah baru sampai pouch diorang dah xnak masuk dah
tengok aksi-aksi diorang pulak dalam rumah baru ni..

amboi-amboi..bergurau senda diorang dalam ni ek

rara duk tengok mummy tangkap gambar ni..

bestnye tengok didi budak gemuk ni tido..kalau muat aku pon nak masuk sekali gak dalam ni
dah lame xmain pondok-pondok camni^^