Pages

Sunday 19 February 2012

gigi geraham bongsu tumbuh!!

arrgghh..bangun tidor terperasan pipi kiri bengkak..
sakitnya sampai berdenyut-denyut..ape lagi pergi la ngadu ngan mak..macam-macam ubat disapunya..dari minyak tyt sampai minyak angin tapi still sakit lagi..
check punye check rupanya gigi geraham bongsu nak tumbuh..aduiyy tue-tue camni pon ade lagi gigi tumbuh..risau gak search-search kat google rupa-rupanya normal la usia cam aku ni gigi geraham bongsu tumbuh..
ape yang aku dapat anak-anak buah aku gelakkan aku..diorang gelak sebab pipi kiri aku bengkak sebelah..aku pon terase jugak nak gelak cam kelakar je..dah macam kena tumbuk lak..


tapi apa yang aku baca gigi geraham bongsu yang tumbuh secara horizontal atau tak betul boleh menyebabkan kesakitan..macam mane tu gigi aku memang sakit siap ngan bengkak lagi..kena cabut ke...xnakkk..nak tampal gigi pon takot ni kan pulak kena cabut...


Sunday 5 February 2012

Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul buat sahabat-sahabat sume..
hari ini 12 Rabiulawal 1433 Hijrah bersamaan 5 feb 2012 dan tema yang dipilih tahun ini ialah "PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"

sempena menyambut maulud nabi ini seperti biasa la setiap tahun akan di adakan perarakan..
mak aku pon join jugak perarakan hari ni..kalau di Terengganu perararakan akan bermula dari dataran shahbandar hingga ke stadium tertutup negeri..memang meriah sambutannya..
perarakan yang diiringi dengan selawat..

semoga datangnya maulidur rasul ini akan memperingati kita tentang kehebatan nabi Muhammad s.a.w..
marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas baginda..
bukan hari ni je taw bulan-bulan lain la jugak =D



nak share sikit info pasal riwayat hidup nabi s.a.w..info dapat dari fb




· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).



USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.



USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.



USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.



USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.



USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.



USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.



USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.



USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.



USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.



USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.




Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )



اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


jom same-same kita amalkan sunnah baginda(^_^)