Pages

Monday 29 August 2011

Berakhirnya Ramadhan..♥♥♥

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak kita menghabiskan bulan ramadhan tahun ini..bulan keberkatan sudah pon menutup tirainya..gembira ada sedey pon ade..adakah kita menggunakan bulan ini dengan sebaik mungkin??
sebagaimana hadis nabi Rasulullah saw..


Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.


bagi ramadhan ini sa telah cuba melakukan ibadah-ibadah melebihi tahun-tahun sebelumnya..harap-harap amalan kita pada bulan ni diterima oleh Allah swt..cuma hajat sa nak khatam al-quran  xkesampaian..banyak sangat kerja dicampur dengan 'cuti' sekali..hehehe

semoga kita bertemu lagi di bulan ramadhan tahun hadapan...InsyaAllah...(>_<)

opsssssssss lupe....selamat hari rayer sume..mintak maap sume salah dan silap yer...sama ada secara langsung atau xlangsung...esok pakai baju rayer cantek-cantek belaka taw!!!

syahdu dengar takbir rayer malam ni....Allahuakbar....








Sunday 21 August 2011

lau kana bainana♥

Assalamualaikum..

pagi tadi pas sahur sa bukak tv al hijrah sementara menunggu azan subuh..tertarik plak ngan lagu ni..memang bez sesangat..syahdu giler..
terasa rindu plak kat nabi kita Muhammad saw..
really2 beautiful song..
jom kita layan lagu ni♥



Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat  لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih طالبا قرب الحبيب
Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab  بلغنا لقاه يا مجيب
Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam يا رحمة للعالمين



Monday 15 August 2011

toteh-toteh pose..nk msuk15 hari dh

Assalamualaikum..

entry kali ni nak cakak bahase ganu buleh x..hehe

sedor xsedor nok masuk 15 hari doh kite pose o0p..kejap je mase ni jalang

ermm..pose taun ni memang besh sangat-sangat coz dapat pose kat umoh..sebulan pulok tu
syok abes lah..

duk dumoh plok blajo masok jelah petang-petang
reka sokmo wat kuih..ade jadi ade hok xjadi

tapi seb baik adik aku ni kuat makang cket
so jadi ke xjadi ke ade gok orang perabes kuih-kuih tu..huhu~

tapi nok citenye sini..ni lah first time aku pose tanpa arwah ayah..

memang terasa sangat-sangat arwah xdok..
hok siannye kat mak aku lah..

time buke pose je rase cam xckup sorang..nak sahur pon gitu gok..
tapi sebab ade anak-anak xdop lah terasa sangat kan..

aktiviti aku plop lepas sahur je tido lalu
ingat pagi-pagi nak g ziarah kubur ayah kejap tapi xjdi sokmo
tapi InsyaAllah kekgi g lah..
aku pon bila jejak kaki kat kubur tu mesti air mate aku ni kuar lalu..
rindu sangat-sangat kat arwah~

moga dibulan pose ni dapatlah aku berbakti sdikit sebanyak kat ayah..moga arwah bahagia di sana...

Monday 8 August 2011

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran!!

Assalamualaikum wbt~

Selamat menjalani ibadah puasa.
For sharing....


Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.


Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182


Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442


Kesimpulannya~ 
juzuk - 1 = n
n x 2 = m

kemudian letak angka dua (2) di hadapan m
~renung-renungkan, dan selamat beramal..~


Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...Wallahualam.

Saturday 6 August 2011

adab berbuka puasa

 Assalamualaikum...

time-time nak bukak pose ape yang korang paling suka..mesti dengar azan magribkan..hehe
jom kita baca dulu adab-adab berbuka pose

Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:

1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim).


2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):

“Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.”

(al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.

3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:

“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Riwayat di atas juga menambah:

Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.

(An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).

Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:

“Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”

(al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).


4. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:

Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.

(Surah al-`Araf:31).

Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:

“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

(Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.

5. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”

(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:

”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”

(Faidh al-Qadir, 2/500).

Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.”

(Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.

6. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:

“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”

(Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik. 

Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita

Thursday 4 August 2011

Industrial Training --TNB

Alhamdulillah..akhirnya settle suda urusan2 praktikalku..
arini baru siap2 da g pos sume2 report..
emmmmm..sepanjang praktikal 3bulan aku xpnah pon cite ape-ape pasal LI aku kan..
ok citenye bmula begini~

tanggal 9may aku g lah lapor diri kat TNB..maka bmula lah tugasku disane..huhu
untuk 1st week xbest sgat pon sbenarnya praktikal kat ctu coz aku dtempatkan kat pejabat je..bosan sey..
keje aku fotostat..wat surat...cop plan..xmncabar ler..
then 2 minggu pastu barulah best cket...sebabnye...

~dpat naek lori-----angin sepoi-sepoi sampai aku pon rase nak terbang..tdung pon dh xbtul..senget..haha

~dpat g jalan-jalan---kenal tempat nak2 area kuala trganu ni
macam peti sejuk ni namenye vacum circuit breaker..benda nilah yang ade kat dalam SSU
orang kat tepi tu model VCB : P

ni plak namenye proses termination..cable yang aku bakar ni ade kat belakang MSB
time ni ikut geng-geng construction..kebanyakan kejenye kat dalam substation je

yang kat belakang aku ni plak cable yang TNB gnakan untuk supply electric kat istana maziah sempena pertabalan sultan ganu--bangga kowt dpat berjasa pada sultan..hik2

~dpat kawan baru---xkan lupa lah korang sume-saidi,salma,zubairi,ezuan n kwan yang xbape baru..wani..hehe saje mengglemourkan name2 korang kat cni..pasni bleh lah blanje aku makan kan~

wani,salma n zubairy

time ni ktorang ponteng..haha..siap g jalan-jalan kat TER lg..kempunan dak2 ni nak mndi kolam

bday boy..saidi happy go lucky person..makan pon senyum gak

dah xdpat mndi kat kolam ktorag pon g lah bkelah kat tepi pntai..smbil makan pizza yang dh sejuk

sepanjang praktikal kat TNB ni byak yang aku belajar psal letrik
yelah..sebelom ni tau guna je kan
pakcik2 kat TNB ni pon baik-baik sumenye..friendly n xlokek ngan ilmu
tanye je skali sal letrik 10x diorang jwab
berat lak rasenye ati nak tinggalkan TNB ni
cdey ade..hepi pon ade..hehe
~TNB in memories~

dah macam tulis report lak rasenye..haha