Pages

Sunday 31 July 2011

kem permata

~ASSALAMUALAIKUM~

untuk pengetahuan sume..sa ade mgikuti program kepimpinan anjuran kelab permata hari rabu baru-baru ni..
ape yang paling best kem ni percuma dan diadakan di hotel permai inn batu buruk
pengisian program ni cukup bermakna..
msti nak tau kan ape yang ade dalam program ni...
semestinya POLITIK
sedikit sebanyak program ni membuka mata sa mengenai perkara luar dan isu semasa yang berlaku kat negara kita..tibe2 terminat plak pasal politik ni~huhu
ape-ape pon kawan-kawan sa bukan mengempen mane2 parti di sini okey
cume sa ingin katekan..
say no to demonstration ( BERSIH)
hehe..~PEACE~
untuk lebih info korang leh baca kat web ni

last but not least...
sayangilah agama,bangsa dan negara anda
jangan biar diri di permainkan oleh bangsa lain
ingat ye kawan-kawan...


tunggu penceramah xsampai-sampai..ape lagi snap2 lah pic (^_^)hehe

sarapan pagi

Tuesday 19 July 2011

cara mencuci hati


~ASSALAMUALAIKUM~

jom hari ni sa mau share cara-cara nak menyucikan hati kita
info ni bkan direka-reka tau
tapi di ambil dari pakar motivasi kita~Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.

Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.



Saturday 16 July 2011

19 hadis mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Saturday 9 July 2011

kem dana belia bakti remaja

Penat..penat..penat..baru balik dari kem dana belia tapi penat-penat pon dari ngadap laptop baik update cket blog aku ni kan..

Kem ni wat kat merang,setiu selama 3 hari..memang best walaupon 1st day tu aku rase kem ni bosan sangat n rase nak balik je terus..aku g kem ni pon sebab ade membe aku sekampung join skali n paling penting dapat dwet 500..huhu.Sape nak bagi 3 ari 500 kan..ok lah tu

1st day xpadat sangat pon xtiviti dye..suasana ok bilik pon ok cume makanan xbrape ok..lagi sedap aku masak kot..haha

Kat sane aku belajar kawad,silat..silat kuntar name dye..silat ni diwarisi oleh kiyai saleh mase time2 perang dulu ngan komunis..aku pon nak cite xreti sangat ni coz sejarah pon aku leh 3 je dulu..hikhik~
Pastu kitorang diijazahkan ayat 4..nak beramal ngan ayat ni pon aku takot je..memang ayat bagus2 tapi dengar kate kalau silap ajaran leh ade khadam teman kite nanti..tkotttt..so tau2 cam tu jelah..

Then..hari yang paling best malam kedua tu kitorang memang xtdo pon ade xtiviti jungle tracking plak..malam tu kol 2.30 pg ktorang btolak masuk hutan..gelap..seram pon ade..tapi ramai2 xde lah sangat perasaan takot tu..ktorang bergerak dalam satu kumpulan..malangnye kumpulan aku ad 2 org je ppuan dari 14 orang. Memang gelap gile kadang2 adelh gak dak2 ni suluh ngan lighter..

Time tengah pnjat tu 2x aku terjatuh..bukan buat2 ek..bukit tu cerun giler tapak kasut aku ni plak dah haus (kasut dah lame lah katekan)..tapi seb baik ade hero (merangkap ketua kumpulan) depan aku yang tlong selamatkan..huhu malu lak rasenye..part yang paling aku takot lak seberang air..dalam woo aku lak xtau brenang nak nangis pon ade....ade gak azam nak blajar brenang tapi dah tua2 ni malu lak nak blajar..




Lepas dah redah sungai,paya yang busuk tu..ngatkan dah abes..ade lagi rupenye mredah laut..mase tulah aku lemas sampai2 kt ujung seberang tu adelah jurulatih ni pegi selam aku dalam air..alamakkk..dah lah xsempat nak tarik nafas apalagi tangan aku lak terkapai2 kat atas permukaan laut tu..komandor tu plak trus angkat..haha pucat giler muka dye ngan mata bulat skali..huhu
Abis air laut masuk idung, mata merah n ntah bape banyak dah air laut yang aku telan tu sampai rase nak muntah..wekkkkkkkkkkkk
xpe-xpe pengalaman ni sume kan
pas abis program dapatlah sorang2 500 henggit..wah3
nak wat ape ek dwet byak2 ni..
SHOPPING!!!!!




dah abis program..muka keletihan..badan penat..mata ngantuk...

Friday 1 July 2011

d sign~

Tanda-tanda aku marah atau bengang atau kecik ati dan sebagainya
  • -          Senyap..orang cakap pon buat x tau je..(dalam ati nak suruh org pujuk..haha)
  • -          Termenung..layan perasaan kowt
  • -          Muka masam..mulut muncung
  • -          Keluar jlan-jlan sorang2..
  • -          Pegi masuk bilik berkurung..mogok


So sape-sape yang nmpak tanda2 di atas paham2 lah ye..hehe