Pages

Friday 22 April 2011

akhirnya...LULUS

Alhamdulillah..akhirnya dapat jgak aku dpatkan lesen kerete arini..

part yang paling aku takut kat bukit n parking..semalam time wat latihan aku ade jatuhkan tiang..
hehe..malu je..glamer sekejap kan..
kat bukit tu plak asyik mati je enjin kete..xreti nak agak
tp pas bejaye arini aku syukur sgt2..

teringt kat pakcik jpj yg evaluate aku tadi..
pas abis tu ngan seyesnye dye bgtau aku xlulus..
'byak sgt kesalahan yg awk bt ni. minggu depan awk dtag lagi ye'
time dgar tu aku kcewa sgt2..duk pk lg melayang lagi lah duit aku..dahlah tengah pokai ni..
tengk pnye tgk ak nmpak pngkah je 3..duk pk xlulus dh
tapi bile smpi kt kaunter ak baca kt bwah skali..LULUS..huhu
rase nak mlompat je kat kaunter tu..

Alhamdulillah..syukur sgt2 sebab Allah mempermudahkan semua urusan aku arini....

HOREYYYY!!!
HOREYYYY!!!

Tuesday 19 April 2011

sayang omey


Saya ada kucing
Ekornya panjang
Bulu warna putih
Cantik berbelang
Bila saya panggil
Dia pun datang
Tersangat manjanya
Saya pun sayang
Saya beri makan
Nasi campur ikan
Beri minum susu
Riang selalu
Jaga waktu malam
Tidur waktu siang
Tersangat manjanya
Saya pun sayang




Korang pernah dgar x lagu ni..seingat aku lagu ni time sekolah rendah dulu..

Dari kecik lagi aku memang suka bela kucing..Ntah brape ekor dah aku bela tp yg latest ni memang aku sayang..


Name kucing kesayangan aku ni omey..ringkasan dari comel..
Tak tau lah org lain tengok kucing aku ni comey ke tak tp bagi aku dye mmg comey..huhu
Dye ni mmg pndai..kalu nk makan aku panggil je “mey..” mesti dye datang punye..
Dari kcik lagi aku latih dye..rasenye sampi skang dah 3 tahun kot umor dye..
Aku bela omey ni dari dye baby lg
Time tu kalu xsalah abis spm kot..
Tengah tggu tawaran nak msuk matrik..
so ade byak lah mase kat umah..
dye ade 2 adik bradik..sekor lg wane oren..jantan..omey ni betina..yang jantan tu dah kena amik ngan orang dah..dah cam kes kidnap ni..seb baik orang tu xamik dua2..








Haa ni dye gambar kucing aku..comel x??
kalau nak ckap xcomey pon xpe..hehe.yang penting jgan hipokrit k!!
well..hanya tuan kucing je yang tau kecomelan kucing dye..hikhik~
lagi satu tabiat omey ni dye kuat tido..makan tido jelah kejenye..





Dye lah peneman aku nk tido..tempat dye ni lah..kat bawah katil
Selesa gila siap tido atas bagasi aku lagi
Tapi sebab sayang punye pasal xkisah lah..

SAYANG OMEY!!!

Monday 11 April 2011

aYat-aYat motivasi




Jom kita hayati kata-kata motivasi ni..renung2kan dan selamat beramal~




kadaNg hidup INi perLUKan motiVASI agaR daPT terUS meLANgkaH..

meLangkaH meNUJu kejaYAan yaNG haKikI ataU meLAngkaH ke arAh kegaGALAn yG hanYA semeNTara...
tHAt whY knaPA motivASi meruPAKAn idaMaN setIAp insaN...
tetaPi ketaHUILAh...
motivasI yaNG tercipTA meLALui kaTA haTI...
ituLAH motiVAsi sbnaRNya......:-)


Jika hari ini kita di puncak... Bersyukur dan hargailah detik itu.... 
Jika hari ini kita di bawah... Renungi dan insafilah apa yg dah berlaku...


Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusyuk” – al-Baqarah


Bersyukurlah pada orang yang MENYAKITIMU 
kerana dia yang MENABAHKANMU.
Bersyukur pada orang yang TIDAK MENGENDAHKANMU 
kerana dia yang MEMUPUKMU untuk BERDIKARI.
Bersyukurlah pada orang yang MENJATUHKANMU 
kerana dia yang MEMPERHEBAT kemampuanmu.
Bersyukurlah pada orang yang MENYIKSAMU
kerana dia yang menguji KETABAHANMU.♥♥

Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.


Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan,
Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba,
Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam, 
Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya....

m'ngingati masa lalu dan m'hadirkn kmbali dlm khidupan kta skrng,kmudian b'sdih di ats kdukaan &kgagalan di dlmnya mrupakn 1 tndakan yg bdoh & gila.itu sma erti dgn m'bunuh smngat,m'bunuh hrapan & m'halangi org untuk m'jalani khidupn s'adanya.

"yAkin PaDa ALLAH bukANLAh menghARAPkan terKABUlnya SEgALa impiAN dan HARApaN,..Yakin PaDA ALLAH BUkanLaH mengHARapkaN sEmUa KESEnangaN Dan KEINdaHAN, tp yakin Pada ALLAH Adalah meleTAKkan KEREDHAAN paDA KETENtuanNYA,, RAsa syukur WALAUPUn sedikIT, RasA BahAGIA WLAUpun perit,,, INDAhnya terbIAH DRI ALLAH, TERsiRAT jutAAN rahmat dn hikmat,diUji dGn berBAGAI2 CUBaAN tandA KSH dan sayaNG DRI AR-RAHIM."


Jangan tertawa melihat orang jatuh, tetapi sebaliknya insaf bahawa kita sedang
berjalan menempuh liku-lekuk jalan yang sulit. Kalau kita selamat, bersyukurlah.
Dari kejatuhan orang dapat tegak kembali. Yang amat sayang ialah jatuh yang tidak dapat bangun semula. - HAMKA


"Jika anda sentiasa bahagia,tuntutlah ilmu,galilah pengatahuan,dan capailahpelbagai manfaat,nescayasemua kesedihan,kepedihan,dan kecemasan itu akan lenyap"..
"Dan berdoalah dengan ucapan:Wahai tuhanku,tambahlah 
ilmuku. (SURAT TAHA:114)

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat


RUMUSAN;
1-Dia tahu dan dia tahu bahawa dia tahu
- IKUT DIA
2-Dia tahu tetapi dia tidak tahu bahawa dia tahu
- SEDARKAN DIA
3-Dia tidak tahu dan dia tahu bahawa dia tidak tahu
-BIMBINGLAH DIA
4-Dia tidak tahu dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu
-TINGGALKAN DIA..

"Anda akan berasa betapa menyesal tidak mempunyai wang TETAPI anda akan lebih menyesal jika tidak mempunyai ilmu pengatahuan"


¤ ·.·´¯`·.· Hidup ini bagaikan Cermin ¤ ·.·´¯`·.· 
Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·¨¯` Jika Kau bermasam muka,maka kau akan melihat seraut wajah dirimu yg tak sedap dipandang mata,
Namun Jika Kau tersenyum,maka Ia akan menampakan Wajah yang sangat Indah & Sedap dipandang mata..
Maka,tersenyumlah..Dunia akan turut menyambutmu dengan SENYUMAN!! ¨¯`Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·


Sometimes we must be hurt in order to grow,
Sometimes we must fail in order to know, 
Sometimes we must lose in order to gain 
Because some lessons in life are best learned through pain.

Kata pepatah, "belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air."


Wahai lelaki...wahai adam...
Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya..
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya..
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya..
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu..
Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahgiaan..
Jaga diri hiasi peribadi, kelak tunggu lah dia sbg bidadarimu ...
Ingatlah wahai lelaki..

Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik, begitulah jua dengan hati yang keras, sering dititipkan dengan nasihat akan terkesan jua.

apabila anda inginkan cinta sejati,cintailah orang pernah patah hati dan kecewa..


“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”
“Adalah lebih baik untuk berani mencin...tai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya...

Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan..

Yang kita mahu tidak semestinya dapat. Yang kita dapat tidak semestinya yg kita mahu. Belajar lah bersyukur dan reda. Sebab orang berjaya akan mencari kebaikan dengan apa yang sudah ada dalam genggaman lalu memanfaatkannya sebaik mungkin


Dari seraut wajah mencerminkan sebuah kesetiaan... 
Dari seukir senyuman mencerminkan kejujuran... 
Dari sekeping hati mencerminkan keihklasan... 
Dan dari sebuah angan-angan...tercapailah sebuah impian...

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

AdAkAlA KTe PeRlU MeNaNgIs sUpAyA KiTa SeDaR bAhaWa HiDuP iNi bUkAN SEkAdAr UnTuK KeTaWa....
AdAkAlAnYe KtE PeRlU kEtEwa sUpAyA kItE DaPaT MeNiLaI bEtApA mAhAlNyE sEtItIs aIr mAtA....

beruntunglah bagi sesiapa yang hari ini lebih baik dari semalam...
rugilah bagi sesiapa yang hari ini sama sahaja seperti semalam...
dan celakalah bagi sesiapa yang hari ini lebih teruk dari semalam...

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini

Apapun masalahmu, jangan pernah menyerah..
Apapun rintanganmu, tetaplah bertahan.
Badai kan berlalu, mentari kan bersinar, angkat kedua tangan, Berdo'alah pada Tuhan, karna segala sesuatu pasti ada jalan keluarnya
..

Janganlah kita bergembira di atas penderitaan orang lain ..kerana suatu hari nanti kita pasti dapat pembalasan yang sama malah mungkin lebih teruk lagi ...

Guruku Pernah Berpesan; "Belajarlah memaafkan kalau ingin dimaafkan..belajarlah menghormati kalau ingin di hormati..belajarlah memahami kalau ingin di fahami...belajarlah menyayangi kalau ingin di sayangi..belajarlah menghargai kalau ingin dihargai..belajarlah menyenangi kalau ingin di senangi...bukanlah orang lain yang perlu berubah mengikuti kehendak kita...tetapi kitalah sebenarnya yang perlu mengubah diri kita.."

Jika kita tidak mampu menjadi sebatang pensil yang menc0retkan kebahagiaan sese0rang, setidak-tidaknya jadilah sekeping pemadam yang memadam kesedihan sese0rang..

“Keikhlasan cermin kesucian hati....
Sabar itu penahan derita....
Ketenangan hati tanda redhanya jiwa...

Orang cemerlang sentiasa belajar daripada kesilapan lalu, orang yang berjaya bukannya tidak pernah jatuh tetapi bangkit semula setiap kali jatuh, kegagalan sebenar ialah apabila kita berhenti mencuba (brptus asa dgn rahmat Allah).... Astaghfirullah..^_^

ikan guppy

cdeynye..bgun pagi td sekoq lg ikan guppy aku mati..
salah aku ke xreti jaga diorang ni..or diorang ni sbenarnya keracunan makanan..
kalau xsilap aku..2 kali sari je aku bgi diorang ni mkn..
alahai..dah kurang lagi kawan aku..

ikan dah arwah~

ni lagi sekoq ikan guppy aku..jantan..memang comey
cara dye berenang pun plik semacam
kepala dye kat atas..ekor tu plak berat tenggelam je
rasenye ikan ni pun ikot jejak langkah ikan betina yang mati tu jgak kot
xpun yg mati tu gf dye..huhu
xsanggup nk tgk ikan tu brenang pelik mcm tu..sian dye..
tak tau nak tolong cmane
kalu kucing tu bleh lah nk selimutkan..ni ikan..
xpelah cepat sembuh ek my guppy..
moga Allah panjangkan umur kamu ye..
sayang guppy-guppy ku!!



Monday 4 April 2011

my guppy fish

            akhirnye tercapai gak hajat nak bela ikan guppy..ingt nk bela kucing tp dh duduk kat tingkt 3 ni susah lah pulak nanti kucing tu nk g 'membuang'..huhu

dah seminggu pn bela ikan guppy ni..
2nd day tu sekor ikan guppy mati..sedih je..sian plak kt ikan tu..
dye xbiasa ngan environmet baru kot..
tapi best lh bela ikan ni kn tiba-tiba rase cam ada teman pulak..hepi je bile tgk ikan2 ni..dah lah comey2 kn..diorang ni lah tempat ak nk luahkn perasaan..ntah dengar ke x ikan tu..hehe

    ingat nk bagi name kat ikan-ikan ni..name ape ek..
bagi name pon bukannye diorang ni dengar kan..
xpayah bagilah..huhu



haa..ni lah rumah guppy2ku
comeykan diorang ni..kalu nak tau pokok kat blakang tu pn baru je beli siang td..
kat mydin..huhu

arap-arap diorang ni dapat hidup dan membesar ngan sihat..kalu bleh nk tengok ikan-ikan ni ada ramai family..sayang korang sume tau!!