Pages

Monday 18 November 2013

boyfriend baru rara..dody!!

Assalamualaikum

Sekarang rara sudah ada pengganti didi..nama dia DODY
agak pemalu sikit lah si dody ni manja pon tak sangat
memang jauh betol la beza antara arwah didi dulu ngan si dody ni..gosok-gosok pon dia tak suka sangat..
tapi mula-mula aku ambil dengan tuan baru tempoh hari laju je dody pergi kat rara..
dengan tak malunya dody masuk sendiri dalam pouch yang aku letakkan rara n tidur kat situ..hehe
kitorang tengok gelagat si dody ni gelakkan jela
masa aku beli ni dody dah 7 bulan pon n tuan dia sendiri pon mengaku jarang bawak dody jalan-jalan..sebab tula dia takot-takot sikit
tapi disebabkan tuan dia tu baik n bagi harga murah so aku beli la jugak
walaupon pada asalnya nak cari yang muka sebijik cam didi..bulat n warnanya brown

si rara tengah nyenyak tido..si dody pulak yang mata tengah terbuka..takot letew mummy wat pape kat dia..hehe

mungkin jugak sebab dody tak biasa dengan aku n suasana baru lagi dekat cage tu..sehari dua bela dia ni makan pon kena bersuap je..kalau tak punya la takot nak keluar cage tu..

suka la tu rara dah ade teman baru (^_^)

p/s: lepas ni tak tau la nak kena tukar nama blog ke dody rara pulak la kot :(





Wednesday 13 November 2013

selamat tinggal didi ;(

Assalamualaikum

berita yang menyedihkan..didi dah mati isnin malam lepas..tak sangka hidup dia berakhir macam tu..sekejap sangat dia sakit sampai aku pon tak sempat nak rawat dia..

sabtu malam
aku mula perasan didi termenung je depan tent mengadap pintu cage..masa tu rara tido jer..lepas rara bangun aku lepaskan didi n rara bermain-main dalam bilik..rara macam biasa aktif tapi didi kuat termenung lagi..kadang-kadang badan dia ketar-ketar tapi dia still nak main panjat-panjat kat langsir..

didi termenung je depan tent ni..cyg tgk mummy buat ape ea ;(


ahad pagi
aku ke klinik maju di batu berendam tapi tutup. lepas tu aku singgah ke kedai pet dan beli baja haiwan untuk didi n rara

depan klinik..tapi tutup plak.. :(


ahad malam
didi tergantung je dalam cage sambil termenung..aku ambik sambil usap-usap kepala dia.masa ni didi baik sangat-sangat baring terlentang elok je atas tapak tangan aku. mummy nanges je bila tengok didi baik-baik macam ni..mummy tau didi tengah menahan kesakitan :'(

lepas didi takde aku pon xsanggup nak mainkan video ni..sedih tengok didi tengah sakit..syg mummy...rindunya kat didi...

isnin pagi
bangun tido tengok didi tergantung je dalam cage kat tempat sama dia duduk malam tadi..aku syak dia tak tido pon. rasa risau sangat-sangat aku bawak lah ke klinik yang sama n doktor cakap dah takde harapan n kalau hidup lagi pon dua hari bawak balik ke klinik tu. time ni aku dah sebak tapi tahan je..doktor suspect yang didi terjatuh dari tempat tinggi sebab ade bengkak kat dalam otak dia..lepas tu balik ke lab n masa ni langsung aku tak buat keje duk main-main je ngan didi. balik lab aku ke farmasi cari susu ensure..cilla cakap sugar glider dia sakit pon bagi susu ni n terus sihat..aku pon lega sangat-sangat sebab ada harapan lagi didi nak sembuh. balik tu aku terus ke farmasi cari susu tu tapi didi still tak nak makan n minum..so terpaksa la guna syringe..alhamdulillah didi minum jugak..lepas solat magrib aku tengok didi keluar sendiri dari bag dia sebab bag tu aku tak zip pon.ingatkan sakit-sakit dia nak berehat n baring kat dalam tu je..tapi dia keluar dan terbaring mengiring atas baju aku sambil mata dia terbuka n menggigil..so aku ambil la n letak atas tapak tangan sambil gosok-gosok dia..baiknya sayang mummy ni duk diam-diam je..tengah-tengah pandang muka didi tiba je mummy tengok nafas didi behenti....hanya Allah je yang tau perasaan mummy mase ni didi...macam tak percaya n mummy rasa macam mummy tengah bermimpi je didi dah takde....

lepas dah tanam didi satu malam aku menangis je terbayang-bayang muka didi masa tengah sakit n nazak tadi..tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab dia mati tak keseorangan n aku ada disamping dia sepanjang masa. malam tu macam-macam aku fikirkan..macam mana la keadaan rara lepas ni tanpa teman sepermainan. boleh ke dia survive sorang-sorang macam tu..walau aku ada pon mungkin tak sama dengan sejenis dengan dia..ya Allah aku tak suka sangat-sangat perasaan macam ni..berpisah dengan orang/haiwan yag sangat-sangat bermakna dalam hidup kita..sama perasaan masa arwah ayah aku meninggal dulu..tapi takpela aku terima lumrah kehidupan yang hidup pasti akan mati..sebab taknak bagi rara keseorangan aku temankan dia sampai pukol 3 lebih. sambil temankan dia aku menangis tak sudah-sudah..sedar-sedar bangun tido mate dah bengkak n kepala sakit..bangun-bangun je tido terus terfikir samaada betul ke tak didi dah takde atau aku bermimpi je..tapi..........


didi budak comel, manja, nakal, dan aktif dah tinggalkan mummy :'(

doktor yang rawat didi..didi baring je mengiring..baiknya didi jumpa doktor ye

diam je didi atas penimbang ni..dia terbaring tapi mate terbukak..

didiiiiiiiiiiiiiiiii ..mummy syg didi :'(

anak mummy pergi tinggalkan mummy ek :(

selamat tinggal syg..moge didi tenang disana..mummy dapat jage didi 11 bulan je..masa ni didi dah cukup-cukup satu tahun..sekejap je masa berlalu..masih ingat lagi masa mummy mula-mula pegang didi..masa tu didi kecil sangat-sangat lagi..asyik nak menyorok je dari mummy kan..tapi lepas seminggu je didi dah rapat..dah pandai main lompat-lompat atas bahu n kepala mummy..hmmm..didiiiii.....mummy sayangggggg didi!!rest in peace my little cutie baby..










Wednesday 6 November 2013

ikan patin masak tempoyak

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni suka sangat la makan ikan patin..sebabnya isi ikan dia tu lembut..kalau ke kedai makan je mesti yang ni je aku cari..tapi biasanya kalau kat area melaka ni kat ikan bakar malim la..tapi agak mahal jugak biasanya seketul tu 5-7 henggittt..kebetulan aku ke rumah kakak weekend baru-baru ni so dapatla bekal tempoyak..hehehe emmm dalam kepala duk terfikir ikan patin masak tempoyak je..ape lagi google-google la bahan-bahannya then petang tu singgah ke mydin dan harga dia sekor pon RM3.50 je..berbaloi-baloi..

dan inilah hasilnya......

nyummmmm nyummmmm


ni bahan-bahannya...simple jeeee

5 cili padi
1 inci kunyit hidup
3sudu/4 sudu tempoyak
1 bunga kantan
1 asam keping
garam

resipi ni aku terjumpa dekat blog ni ikan patin masak tempoyak dan kat sini ada bagitau cara-cara memasaknya =)


pueh hati den dapat makan sekor ikan ni sorang-sorang..heeee



Tuesday 5 November 2013

Cuti-cuti di Cameron highlands

Assalamualaikum

Weekend baru-baru ni aku dan family bercuti ke cameron highland! sebenarnya ni first time aku ke sane..plan dengan family dah bertahun-tahun tapi tak jadi. Alhamdulillah kali ni berkesempatan jugak berkunjung ke sana. Family trip ni selama 3 hari n kitorang stay kat homestay di Tanah Rata. Homestay pon ok ada 3 bilik so sesuai sangat la sebab kitorang ada 3 family. first day sampai kitorang ke ladang teh dan pasar malam di Brincang. Yang best dapat makan sayur dan buah segar-segar n malam tu buat sup sayur pon rasa la kemanisan sayur dia..jagung pon best manis sangat-sangat. 

ladang teh yang cantik amat
punya la suka sangat ke ladang teh ni sampai tiga hari berturut-turut ke sini. hari kedua pulak ke Agro Technology Park Mardi kat Tanah rata. Cantik sangat tengok bunga-bunga kat sini kalau dah boleh petik nak je wat balik rumah kan..hehe

budak tecik ni nak kutip daun teh jugakkk




ntah apa la nama pokok terjuntai ni..dah macam plastik aku tengok

sesi perbincangan untuk ke tempat seterusnya


ni time jalan-jalan ke strawberry park..

pasar malam di Brincang ni ada disetiap hari jumaat dan sabtu..time ni aku beli pokok kaktus 7 sepuloh henggit..murah-murah~


Last bergambar sebelom balik!

Masa nak pergi ke cameron dari kl kitorang lalu kat Tapah. so agak menakutkan jugak la jalan time nak naik bukit tu dengan selekoh-selekoh tajam lagi-lagi banyak lori n bas lalu kat jalan tu. tapi disebabkan siang dan jalan tu lagi dekat so kitorang lalu jugak la. time nak balik kitorang lalu kat highway melalui Raub n terus masuk ke Karak. Walaupon jauh tapi rasanya jalan ni lagi selamat kalau nak di bandingkan dengan jalan Tapah.