Pages

Tuesday, 5 November 2013

Cuti-cuti di Cameron highlands

Assalamualaikum

Weekend baru-baru ni aku dan family bercuti ke cameron highland! sebenarnya ni first time aku ke sane..plan dengan family dah bertahun-tahun tapi tak jadi. Alhamdulillah kali ni berkesempatan jugak berkunjung ke sana. Family trip ni selama 3 hari n kitorang stay kat homestay di Tanah Rata. Homestay pon ok ada 3 bilik so sesuai sangat la sebab kitorang ada 3 family. first day sampai kitorang ke ladang teh dan pasar malam di Brincang. Yang best dapat makan sayur dan buah segar-segar n malam tu buat sup sayur pon rasa la kemanisan sayur dia..jagung pon best manis sangat-sangat. 

ladang teh yang cantik amat
punya la suka sangat ke ladang teh ni sampai tiga hari berturut-turut ke sini. hari kedua pulak ke Agro Technology Park Mardi kat Tanah rata. Cantik sangat tengok bunga-bunga kat sini kalau dah boleh petik nak je wat balik rumah kan..hehe

budak tecik ni nak kutip daun teh jugakkk




ntah apa la nama pokok terjuntai ni..dah macam plastik aku tengok

sesi perbincangan untuk ke tempat seterusnya


ni time jalan-jalan ke strawberry park..

pasar malam di Brincang ni ada disetiap hari jumaat dan sabtu..time ni aku beli pokok kaktus 7 sepuloh henggit..murah-murah~


Last bergambar sebelom balik!

Masa nak pergi ke cameron dari kl kitorang lalu kat Tapah. so agak menakutkan jugak la jalan time nak naik bukit tu dengan selekoh-selekoh tajam lagi-lagi banyak lori n bas lalu kat jalan tu. tapi disebabkan siang dan jalan tu lagi dekat so kitorang lalu jugak la. time nak balik kitorang lalu kat highway melalui Raub n terus masuk ke Karak. Walaupon jauh tapi rasanya jalan ni lagi selamat kalau nak di bandingkan dengan jalan Tapah. 










Sunday, 20 October 2013

Assalamualaikum

Cuti raya haji kali ini aku balik kampung dengan my purple viva!saja jela kereta baru try-try bawak jenjalan kat kampung pulak..niatnya nak bawak my mum jalan-jalan lah..disebabkan aku ni sorang je lagi anak pompuan yang tak kawen lagi so senang la mak aku nak ajak pergi mana-mana kan..nak-nak shopinggg..first time balik dari melaka ke terengganu jalan pon kitorang tak tau tapi dengan bantuan gps yang baru beli jadi takde la tersesat. routing perjalanan dia melaka-tangkak-segamat-muadzam shah-gambang-terengganu..balik ni pulak ada encik didi n kawan-kawan temankan jadi takde la risau. hikmahnya kali ni balik ngan encik didi kantoi la dengan my mum..n bila my mum tau je orang terengganu gak alhamdulillah macam dapat green light je..hihihi sukernye!



dalam kapal selam



semalam lepas hantar aku ke melaka tiket ke shah alam pulak dah habes..wah3 excited giler bukannye sedih pon..haha
sebabnya dapat habeskan masa lagi dengan encik didi..



cweetnye didi n rara tido..cam tau-tau je mummy in love with daddy kn!!



Wednesday, 9 October 2013

sihat sudah!!

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya sembuh jugak telinga ni 100%..semalam last appointment kat hospital melaka..kali ni seyes tak sakit langsung..bunyi cengkerik yang duk bising kat dalam telinga ni pon dah hilang..yeayyy!
syukurla rasanya sebulan jugak aku alami masalah telinga tersumbat ni..
so trauma jumpa doktor ENT pon dah hilang..sekali lagi lepas setel semua-semua tu doktor pesan jangan suka sangat korek telinga pakai cotton buds. okeh baik doktor! takmo dah g spital sebab wax kat dalam telinga lagi!dah siap kuar bilik doktor pon tersengih-sengih je excited tak terkate..baru la aku hargai nikmatnye boleh mendengar..
tapi yang paling best lepas pergi jumpa doktor ni sebab boleh dapat surat mc..so boleh la g jalan-jalan!!hehehe
bagi memanjatkan kesyukuran ni so aku watla kenduri sikit...haha kenduri la sangat..aku belanja la insan-insan yang bertuah ni..belanja kawan kfc walopon sebenarnya aku pon memang tengah mengidam nak mkn ayam goreng..hihihi..then belanja la didi rara yogurt drop n beli makanan miong kat kampung tu..


~budak-budak koya..hihi.masing-masing dah excited lepas jumpa doktor~


~untuk anak-anak mummy yang comel-comel~


sijil cuti sakit??






Monday, 7 October 2013

Gud bye encik kriss!

Assalamualaikum


Setelah lima tahun encik kriss ni berkhidmat ngan aku..akhirnya pagi tadi terpaksa la melepaskan dia kat tuan baru..tuan baru pon abang ipar aku jek..hehe.tapi jauh nun di utagha Perlis..yang pastinya akak aku la orang yang paling excited tunggu motor ni..katenye dah lama tak naik motor jalan-jalan..
tapi tadi teramat la sedih bila tinggalkan motor ni kat pejabat pos tadi..rasa macam dah kehilangan kawan baik pulak..yela kan kalau nak pergi mana-mana je encik kriss ni yang bawakkan..
hujan panas sekali kowttt..
tapi apekan daya..huuuuu
disebabkan ni bulan spuloh so pos motosikal ni tak dapat la student price..lagi 6 henggit nak 2 ratus..mahal gila pos laju ni..dah balut-balut ni kalau calar gak tak tau la kan..kalau tak sia-sia je encik fandi balutkan elok-elok tadi..hehe. nasib baik ada simpan plastik pembalut tilam hari tu so boleh la guna nak membalut si kriss ni kan..
takpe encik kriss nanti kite jumpa di perlis ye..i bawak u ronda-ronda sane pulak..jangan nanges-nanges!!

~walaupon dah ade viva kau tetap dalam ingatanku kriss..cewaahhhh~


Sunday, 6 October 2013

oh my lappy!

Assalamualaikum


Siap pon repair motherboard my lappy!!
kejap je tuan kedai ni repair..dua hari n harga pulak lagi murah dari kedai-kedai lain..Rm210 je sebab ade promosi..tapi 2 ratus pon terbang jugak la dwet aku..
nama kedai ni utem we shop..kiosk dia terletak kat dalam utem
sebenarnye ni dah kali kedua laptop yang aku pakai rosak sebab motherboard..tapi laptop lain-lain la..
sebab musabab masalah ni berpunca dari anak-anak lah..hukhuk
didi wat pasal pergi kencing atas touchpad laptop mummy..waaaaaa
tapi seyes aku tak marah pon kat dia..kalau marah pon bukannya dia paham kan
siap boleh gosok-gosok lagi si budak ni..nakal teramat!!

"Mummy jangan la marah didi"

baik la budak kepala botak..anda dimaafkan..hihihi
tengok muke comel didi ni terus lembut hati mummy tauuuu