Pages

Sunday 14 April 2013

Shopping with my sister


Assalamualaikum

Thanks Melaka sebab bagi cuti sempena melaka bandaraya bersejarah esok..boleh la jugak aku pergi ke rumah akak aku di kl..sejak sambung study ni dah 2 bulan aku x ke sini sebabnya cuti sabtu dan ahad sekejap la sangat-sangat..melainkan kalau aku ponteng satu hari..

okeh..dah sampai sini ape lagi..masa untung shopping la!!
untungnya bila keluar shoping dengan akak sendiri ni semuanya ada orang sponser...huhu.thanks kakak..lap u lah!! lokasi shoping cam biasa la kegilaan wanita-wanita cam kami ni...hik2..jalan TAR

pilih-pilih nak tudung yang mana

sorry akak kedai..jadi model sekejap ye..agak-agak terlalu awal x kitorang shoping baju raya??

masa untuk abeskan baucer buku..

ok dah pick-pick buku yang best dapat yang ni jela..aku nak kongsikan sikit la hadis yang ada dalam buku "Rahsia Rasulullah Sentiasa Sihat" yang aku rasa berguna 

1. Orang yang meminum madu lebah setiap pagi selama tiga hari dalam setiap bulan akan terhindar daripada penyakit berbahaya

2. Hendaklah kalian makan buah delima. makanlah buah itu beserta minyaknya kerana ia dapat membersihkan perut

3. sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka - ni refer pada cuka buah tau

4. sesiapa yang makan tujuh biji kurma ajwah setiap hari, maka dia bebas daripada racun atau sihir

5. janganlah salah seorang di antara kalian minum sambil berdiri. Jika terlupa hendaklah dia memuntahkan kembali segala yang diminumnya..- sampai macam tu sekali..larangan minum sambil berdiri ni ada sebabnya..dari segi perubatan akan rasa sakit muncul di bahagian paru-paru, menyebabkan muntah dan sakit perut.. so ingat jangan minum atau makan sambil berdiri !

ok banyak lagi rahsia-rahsianya dalam buku ni..cukup la 5 ni dulu kehhh

lepas ni jom praktikkan dulu makan buah delima dan madu =)

No comments: