Pages

Saturday, 27 April 2013

tiket balik mengundi!!

Assalamualaikum..

Sekarang semua dah sibuk-sibuk nak balik mengundi 5mei ni..aku pon salah seorangnye lah..asalnya nak balik dengan kakak aku tapi tiket dari KL-KT semua dah habis..terpaksa la balik sorang-sorang..mujur la ada kawan satu lab pon orang Terengganu jugak..so ada la kawan balik sekali..tadi ape lagi brooom2 la start moto pergi Melaka Central cari tiket..nasib la ade lagi Mara Liner punye tiket ni..

ini adalah tiket ye bukan kertas biasa-biasa je..hehe
agak-agaknya Mara Liner ni nak jimatkan kos x..
tiket la macam mane pon asalkan boleh balik kan

Then kitorang pusing-pusing la dalam AEON tu..dah pusing-pusing perut pon dah lapar..nahhhh ayam KFC lagi..
kalau terus-terus makan ayam ni xlame lagi gemuk la aku...hukhuk


Kali ni tukar menu pulak lah..snack plate plak tapi still korean spicy..

tak sabarnya nak tunggu selasa ni...nak balik kampung!!!
rindu kat mak...rindu kat miong!!

Wednesday, 24 April 2013

Pizza Double Sensation

Assalamualaikum...

Dinner untuk malam ni..PIZZA DOUBLE SENSATION...besttttt sangat-sangat..memang terbaik la..biasanya kitorang pergi kat pizza hut Aeon..tapi kali ni try kat Pizza Hut Ayer Keroh Height plak..ok la tempat dia lagi luas dan bersebelahan dengan kfc..dekat la sikit ngan umah aku..

Mmmmm..yummy!!!ok aku nak bagi rating 9/10 lah..

malam ni aku keluar dengan housemate bersama dengan baby-baby comel ni..didi dan rara..Macam biasa lah kalau keluarkan diorang ni nak bergambar mesti aku jadi glamer sekejap sebabnya mesti ade orang pandang-pandang..nak-nak budak-budak..



oke..ni dua-dua ekoq tak tau la wat ape..masing-masing pemalu agaknya
akak kat belakang tu pulak tengah ready bawak anak-anak dia datang tengok didi n rara..


waaah..rara pandai tengok camera ^_^


tu saje cerita malam ni..perot dah kenyang jom tido!!






Sunday, 21 April 2013

sup kaki ayam

Assalamualaikum



Hidangan untuk hari ini..SUP KAKI AYAM...nyumm3..mungkin ada yang geli geleman nak makan kaki ayam ni kan..tapi ini lah part yang paling aku suka..kalau dulu suka sangat makan kepak ayam sampai berebut-rebut dengan adik-beradik aku..tapi lepas tau kepak tu tak bagus terutama untuk perempuan..so aku beralih part kakinya plak..hehe.
kalau makan kat kedai aku geli gak kot nak makan tapi kalau masak sendiri ok la..sekurang-kurangnya kita tau la bersih atau tak cara kita basuh tu..
sebenarnya..kaki ayam ni banyak jugak khasiatnya..iaitu mencegah osteoporosis dan kaya dengan khasiat protein atau korang boleh baca kat page ni--->khasiat kaki ayam

Saturday, 20 April 2013

spicy korean crunch

Assalamualaikum..




Asyik-asyik tengok kat iklan je pasal kfc spicy korean crunch tu terliur jugak nak rasa..so tadi aku pergi la makan kat kfc..rasanya agak pedas jugak la tapi sedap je..kalau tengok kat gambar tu sos dia macam penuh je kat ayam tu kan..tapi lepas beli sikit je la kat atas tu je kalau banyak lagi best kot walaupon pedas..okeh untuk ayam goreng ni xboleh pakai kad diskaun siswa tau..so harga dia sama jela macam yang atas tu


ni gambar yang tengah hari tadi..malam ni dah start lapar balik..kalau kfc duk sebelah umah ni aku turun je pergi beli lagi..heheee

Sunday, 14 April 2013

Shopping with my sister


Assalamualaikum

Thanks Melaka sebab bagi cuti sempena melaka bandaraya bersejarah esok..boleh la jugak aku pergi ke rumah akak aku di kl..sejak sambung study ni dah 2 bulan aku x ke sini sebabnya cuti sabtu dan ahad sekejap la sangat-sangat..melainkan kalau aku ponteng satu hari..

okeh..dah sampai sini ape lagi..masa untung shopping la!!
untungnya bila keluar shoping dengan akak sendiri ni semuanya ada orang sponser...huhu.thanks kakak..lap u lah!! lokasi shoping cam biasa la kegilaan wanita-wanita cam kami ni...hik2..jalan TAR

pilih-pilih nak tudung yang mana

sorry akak kedai..jadi model sekejap ye..agak-agak terlalu awal x kitorang shoping baju raya??

masa untuk abeskan baucer buku..

ok dah pick-pick buku yang best dapat yang ni jela..aku nak kongsikan sikit la hadis yang ada dalam buku "Rahsia Rasulullah Sentiasa Sihat" yang aku rasa berguna 

1. Orang yang meminum madu lebah setiap pagi selama tiga hari dalam setiap bulan akan terhindar daripada penyakit berbahaya

2. Hendaklah kalian makan buah delima. makanlah buah itu beserta minyaknya kerana ia dapat membersihkan perut

3. sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka - ni refer pada cuka buah tau

4. sesiapa yang makan tujuh biji kurma ajwah setiap hari, maka dia bebas daripada racun atau sihir

5. janganlah salah seorang di antara kalian minum sambil berdiri. Jika terlupa hendaklah dia memuntahkan kembali segala yang diminumnya..- sampai macam tu sekali..larangan minum sambil berdiri ni ada sebabnya..dari segi perubatan akan rasa sakit muncul di bahagian paru-paru, menyebabkan muntah dan sakit perut.. so ingat jangan minum atau makan sambil berdiri !

ok banyak lagi rahsia-rahsianya dalam buku ni..cukup la 5 ni dulu kehhh

lepas ni jom praktikkan dulu makan buah delima dan madu =)