Pages

Saturday 29 October 2011

tidur terbaik

Assalamualaikum...

ermm jam pon da pukol 4am..tapi mate still lagi xngantuk..
minggu depan ade test tapi mood study plak xdatang lagi..
tibe terfikir plak nak tulis entry pasal tidur..

ni dye posisi tido n personaliti

camane la posisi aku tido ek..
soalan ni kena la tnye rumet aku sendiri..heeee~

tapi ni kajian je..
meh kita tengok adab-adab dalam islam plak



Tidur Meniarap  

Bahaya cara ni sebab bila dah lama sangat dengan posisi macam ni, akan menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh ganggu jantung dan otak. kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Tidur Menelentang  

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.

Tidur Mengiring Ke Kiri  

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri.

Tidur Yang Terbaik -

 Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung

Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


so pasni tido la ikut sunnah Rasulullah saw...
~selamat tidor~



1 comment:

Anonymous said...

mmg kte digalakkan ikot sunnah rasulullah...
bnyk kebaikkan serta keberkatan yg akan kte dpt...

like...:)