Pages

Tuesday 5 November 2013

Cuti-cuti di Cameron highlands

Assalamualaikum

Weekend baru-baru ni aku dan family bercuti ke cameron highland! sebenarnya ni first time aku ke sane..plan dengan family dah bertahun-tahun tapi tak jadi. Alhamdulillah kali ni berkesempatan jugak berkunjung ke sana. Family trip ni selama 3 hari n kitorang stay kat homestay di Tanah Rata. Homestay pon ok ada 3 bilik so sesuai sangat la sebab kitorang ada 3 family. first day sampai kitorang ke ladang teh dan pasar malam di Brincang. Yang best dapat makan sayur dan buah segar-segar n malam tu buat sup sayur pon rasa la kemanisan sayur dia..jagung pon best manis sangat-sangat. 

ladang teh yang cantik amat
punya la suka sangat ke ladang teh ni sampai tiga hari berturut-turut ke sini. hari kedua pulak ke Agro Technology Park Mardi kat Tanah rata. Cantik sangat tengok bunga-bunga kat sini kalau dah boleh petik nak je wat balik rumah kan..hehe

budak tecik ni nak kutip daun teh jugakkk




ntah apa la nama pokok terjuntai ni..dah macam plastik aku tengok

sesi perbincangan untuk ke tempat seterusnya


ni time jalan-jalan ke strawberry park..

pasar malam di Brincang ni ada disetiap hari jumaat dan sabtu..time ni aku beli pokok kaktus 7 sepuloh henggit..murah-murah~


Last bergambar sebelom balik!

Masa nak pergi ke cameron dari kl kitorang lalu kat Tapah. so agak menakutkan jugak la jalan time nak naik bukit tu dengan selekoh-selekoh tajam lagi-lagi banyak lori n bas lalu kat jalan tu. tapi disebabkan siang dan jalan tu lagi dekat so kitorang lalu jugak la. time nak balik kitorang lalu kat highway melalui Raub n terus masuk ke Karak. Walaupon jauh tapi rasanya jalan ni lagi selamat kalau nak di bandingkan dengan jalan Tapah. 










2 comments:

hadi said...

bkn senang nk dpt jln2 dgn fmily y ramai2 mcm ni sa, semue gmba napak hppy je :-)

mysara said...

betol tu adi..bestnya dapat berkumpul ramai-ramai camni =)