Pages

Monday, 19 December 2011

♥--arwah nenek--♥

ASSALAMUALAIKUM....

cukup hari ni genapla setahun pemergian arwah nenek aku..
19hb 12 2010 jam 10.30pm

arwah merupakan satu-satunya nenek yang aku ada..
petang-petang rumah arwah la yang selalu aku lepak
arwah pulak memang suka bercerita
meninggal ketika usianya 87tahun

still ingat lagi malam tu
nenek aku langsung xbercakap dengan sape-sape
naluri mak aku betol..dye macam dah bleh rasekan something wrong
dye pon suh la semua family aku bacakan yasin
aku pulak berada betol-betol ditepi arwah sambil tu aku basahkan mulut arwah dengan air zam zam
seperti tak disangka tibe-tibe matenya memandang ke atas dan seperti sesak nafas
masa tula aku rasakan jantungnya dah berhenti tepat jam 10.30pm
ya Allah...
tibe je air mate aku jatuh..mak aku pulak menangis teresak-esak..kesian mak...
arwah ayah pon baru je balik dari hospital petang tu
sempat jugak ayah nak jumpe ngan nenek sekejap
akak aku pulak pegi tenangkan ayah sebab risau kesihatannye..
malam yang penuh suram~~~~

itulah kali pertama aku melihat kematian yang betol-betol berlaku depan mata aku
saat tulah aku rasa berdiri atas bumi yang nyata
rasa macam tak percaya je sume ni boleh jadi kat family aku sendiri
tapi ajal maut ditangan tuhan..
hmmm..
semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman
~AL-FATIHAH~



"setiap jiwa akan merasakan kematian" (Surah Al-Anbiya 21:35)


-------------------Hidup di dunia xkekal selama-lamanya---------------------

Saturday, 17 December 2011

my own header blog~

YESSSSsss!!!!

akhirnya berjaya gak aku design header blog sendiri...proud to be me..hahaha
dah tahap riak gile ni...xbek2
ok x ek...wat-wat ok la yer...1st cube kowt..
huhu..

time kasih kat sape-sape yang mengupload video tutorial blog header ni kat youtube
thumbs up!!!


Friday, 16 December 2011

~assignment~

ONLINE HARMONIC ELIMINATION FOR THREE PHASE INVERTER....
siap jugak ko akhirnya..huhhh!!

ape kebende ni???ni la tajuk fyp sa...
bukan siap betul-betul pon lagi..baru progress report..hehe..tapi terasa hilang satu beban..
beban lain menanti...waaaaa!!!
ni la bulan yang paling sibuk
asignment berlambak-lambak~



...............................xsabarnye nak abes..nak balik kampung pulak!!!huhuhu.........................


Thursday, 8 December 2011

segmen up follower dengan sepantas kilat

Assalamualaikum..

arini sa nak try satu segmen ni la..

BELOM COBA BELOM TAW





segmen upkan follower..

~klik banner untuk join~



Monday, 5 December 2011

~kelebihan muharram~

Alhamdulillah sekarang kita dah masuk tahun baru 1433 hijriyah..
malam ni nak share pasal kelebihan bulan muharram ni..banyak kelebihannya..
antaranya disunatkan berpuasa..
so harini 5 disember bersamaan 9 muharram dan 6 disember = 10 muharram



ni antara kelebihan berpuasa pada tarikh ni


 bagi warna warni ceket...(^_^)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w.  bersabda, "Seutama2 puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim) 

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Brgsiapa yg  berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun & siapa yg bersedekah pd hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (HR Albazzar) 

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya org tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu dan yg akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang  puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu".(Sahih Muslim) 

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya org Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura & Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pd hari asyura & menyuruh org lain berpuasa juga". (Sahih Muslim) 

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat org yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yg baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dgn Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh org lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari) 

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam  dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." (HR Al Baihaqi )

Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yg berpuasa sehari dlm bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa." 

Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah" 

Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut." 

Bersabda Rasulullah SAW "Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan  Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram" 

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10  Muharram berbanding dgn hari2 yg lain ?"  Sabdanya : 
-    ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram 
-    ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram 
-    Diciptakan lautan pada 10 Muharram 
-    Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram 
-    Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram 
-    Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram 
-    Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram 
-    Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram 
-    Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram 
-    Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram 
-    Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram 
-    Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram 
-    Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram 
-    Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram 
-    Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram 
-    Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram 
-    Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram 
-    Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram 
-    Diciptakan Arasy pada 10 Muharram 
-    Awal-awal hujan yg turun dari langit pada 10 Muharram 
-    Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram 
-   Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
 


banyak kan kelebihan dye..ni sa sertakan dengan hadis skali..hadis ni betul ke x xtau la..
sumbernya sa dapat dari forum halaqah..
tapi ade la jugak sumber yang disebarkan kat fb mengatakan puasa puasa 9 dan 10 ni mendapat pahala berpuasa umpama 2 tahun ibadah..dan ini xdapat dipastikan kesahihahnya..
 ni jawapan otai kita...UAI

hmm..pape pon bagi sa pasal fadilat dan ganjaran ni xpenting...yang penting kita berpuasa dengan iklas..kita beramal bukan la sebab fadilatnya tapi beramal kerana Allah..
so...selamat beramal....hehee~