Pages

Monday, 5 December 2011

~kelebihan muharram~

Alhamdulillah sekarang kita dah masuk tahun baru 1433 hijriyah..
malam ni nak share pasal kelebihan bulan muharram ni..banyak kelebihannya..
antaranya disunatkan berpuasa..
so harini 5 disember bersamaan 9 muharram dan 6 disember = 10 muharram



ni antara kelebihan berpuasa pada tarikh ni


 bagi warna warni ceket...(^_^)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w.  bersabda, "Seutama2 puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim) 

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Brgsiapa yg  berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun & siapa yg bersedekah pd hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (HR Albazzar) 

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya org tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu dan yg akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang  puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu".(Sahih Muslim) 

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya org Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura & Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pd hari asyura & menyuruh org lain berpuasa juga". (Sahih Muslim) 

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat org yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yg baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dgn Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh org lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari) 

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam  dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." (HR Al Baihaqi )

Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yg berpuasa sehari dlm bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa." 

Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah" 

Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut." 

Bersabda Rasulullah SAW "Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan  Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram" 

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10  Muharram berbanding dgn hari2 yg lain ?"  Sabdanya : 
-    ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram 
-    ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram 
-    Diciptakan lautan pada 10 Muharram 
-    Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram 
-    Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram 
-    Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram 
-    Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram 
-    Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram 
-    Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram 
-    Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram 
-    Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram 
-    Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram 
-    Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram 
-    Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram 
-    Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram 
-    Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram 
-    Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram 
-    Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram 
-    Diciptakan Arasy pada 10 Muharram 
-    Awal-awal hujan yg turun dari langit pada 10 Muharram 
-    Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram 
-   Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
 


banyak kan kelebihan dye..ni sa sertakan dengan hadis skali..hadis ni betul ke x xtau la..
sumbernya sa dapat dari forum halaqah..
tapi ade la jugak sumber yang disebarkan kat fb mengatakan puasa puasa 9 dan 10 ni mendapat pahala berpuasa umpama 2 tahun ibadah..dan ini xdapat dipastikan kesahihahnya..
 ni jawapan otai kita...UAI

hmm..pape pon bagi sa pasal fadilat dan ganjaran ni xpenting...yang penting kita berpuasa dengan iklas..kita beramal bukan la sebab fadilatnya tapi beramal kerana Allah..
so...selamat beramal....hehee~


5 comments:

konde said...

subhanallah.... ya rob

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM100, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

misz sheyla said...

baru tau...nice sharing dear,

mysara said...

same2=)

LubLy said...

thx for this inf0..
fol0 u dear!

gades pelik said...

dear, jum join contest :)
http://sigadispelik.blogspot.com/2011/12/contest-blog-paling-ohseem.html